Kepada Codashopper yang dihormati,
Sila ambil perhatian bahawa Codashop:
- Tidak boleh membatalkan atau mengembalikan transaksi yang berjaya dilakukan di mana penerbit mengesahkan bahawa item-item tersebut telah berjaya dihantar.
- Tidak mempunyai kuasa untuk memindahkan item permainan dari satu akaun ke akaun lain atau menarik balik item permainan dari akaun untuk bayaran balik kemudian.
- Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan data yang dimasukkan semasa membuat transaksi adalah betul.
- Semua item permainan yang telah dibeli atau dihantar adalah muktamad, dan kami tidak menerima permintaan pengembalian untuk transaksi pembelian yang salah (contohnya, ID permainan yang salah, dll).
- Sekiranya anda dikenakan bayaran untuk transaksi tetapi tidak menerima item anda, atau anda menerima item yang tidak lengkap, sila hubungi Coda dalam tempoh 30 hari dari tarikh pembelian anda melalui borang ini supaya Coda dapat menyiasat transaksi anda. Semasa penyiasatan, Coda akan menentukan sama ada pemulangan wang atau penggantian sesuai dalam kes anda. Jika Coda mendapati bahawa transaksi tidak layak untuk pengembalian wang atau penggantian selepas penyiasatan, maka tidak ada pengembalian wang atau penggantian yang akan disediakan kepada anda. Selain itu, sebarang tuntutan yang dibawa ke Coda selepas 30 hari dari tarikh pembelian tidak akan dilayan, dan tidak akan dikeluarkan sebarang pengembalian wang atau penggantian.
Sila semak Terma dan Syarat kami disini untuk maklumat lanjut.
Terima kasih kerana memahami.