Kod Pengaktifan Rockstar dapat ditebus melalui Rockstar Games Launcher.
Sila pastikan bahawa anda telah memuat turun dan memasang pelancar permainan. Sekiranya belum, anda boleh memuat turun pelancar di sini.
Sila ikuti langkah demi langkah di bawah untuk menebus Kod Pengaktifan Rockstar:
- Buka pelancar permainan dan log masuk dengan akaun Rockstar Games Social Club anda
- Klik avatar anda di atas skrin sebelah kanan
- Pilih pilihan "Redeem Code"
- Masukkan Kod Pengaktifan Rockstar anda di ruang dan pilih butang "Check" untuk mengesahkan kod dimasukkan dengan betul (Sila baca maklumat di bawah ruang kod pengaktifan. Anda perlu memeriksa dan memastikan bahawa nama akaun dalam maklumat tersebut adalah akaun yang betul)
- Kod pengaktifan yang anda masukkan akan muncul bersama dengan senarai item yang akan diterima oleh akaun anda semasa pengaktifan. Sila baca maklumat di sebelah kotak pilihan dengan teliti. Ia akan mengesahkan item dan akaun tujuan (Sekiranya semuanya adalah betul, anda boleh mencentang kotak di bahagian bawah senarai dan klik butang "Redeem")
- Kod Pengaktifan Rockstar kemudian akan disalurkan ke dalam akaun. Permainan anda akan muncul di bawah Perpustakaan Permainan dan bersedia untuk dipasang
Nota: Sambungan internet yang sah adalah diperlukan untuk penebusan kod
Penting:
- Tinjau butiran di bahagian bawah skrin untuk memastikan bahawa anda mengaktifkan kod pada akaun Rockstar Games Social Club yang betul.
- Semua Kod Pengaktifan Rockstar adalah kod dipakai sekali sahaja dan kandungannya akan diterapkan secara kekal ke akaun Rockstar Games Social Club yang dilog masuk ke Rockstar Games Launcher apabila ditebus.