Codashop Malaysia Help Center

Saya mendapat kod ralat semasa membuat pembelian

Jika Anda mengalami ralat tetapi masih dicaj, jangan cuba lagi. Ikuti langkah dalam Saya telah dicaj, tetapi transaksi tidak dapat diselesaikan.

Jika kod ralat muncul semasa Anda membayar menggunakan kredit telefon bimbit, pindahan bank, e-dompet atau di kedai serbaneka di Codashop, cari kod tersebut di bawah dan ikuti langkah seterusnya. Untuk pembayaran kad, lihat Saya mengalami ralat semasa membuat pembayaran kad.

Artikel ini merangkumi:

Ralat 213

Ralat 213 bermaksud transaksi telah tamat tempoh. Ini berlaku apabila:

  • OTP tidak dimasukkan di halaman pembayaran Codashop dalam masa yang ditetapkan (pembayaran kredit telefon bimbit)
  • pembayaran tidak diterima dalam had masa pembayaran (pembayaran pindahan bank, e-dompet atau kedai serbaneka)

Mulakan semula peranti Anda dan cuba buat pembelian sekali lagi.

Ralat 225

Ralat 225 bermaksud saluran pembayaran yang Anda pilih tidak tersedia buat masa ini. Cuba lagi menggunakan saluran pembayaran lain.

Ralat 227

Ralat 227 bermaksud item yang Anda pilih tidak tersedia buat masa ini. Cuba lagi dengan item lain.

Ralat 309

Ralat 309 bermaksud alamat IP yang digunakan untuk pembelian telah disekat. Jika Anda menggunakan data mudah alih, mulakan semula telefon Anda. Jika Anda menggunakan Wi-Fi, mulakan semula modem Anda. Kemudian cuba lagi.

Ralat 312

Ralat 312 bermaksud transaksi telah ditandakan oleh semakan keselamatan. Pastikan butiran pembayaran Anda betul, kemudian cuba lagi selepas beberapa minit.

Ralat 407

Ralat 407 bermaksud pembekal pembayaran mengalami masalah sementara. Tunggu beberapa minit, kemudian cuba lagi.

Ralat 410

Ralat 410 bermaksud nombor telefon bimbit yang Anda masukkan adalah milik rangkaian mudah alih yang berbeza. Pastikan nombor tersebut sepadan dengan rangkaian mudah alih yang Anda pilih.

Ralat 414

Ralat 414 bermaksud nombor telefon bimbit Anda tidak mempunyai baki yang mencukupi. Top up baki telefon bimbit Anda, kemudian cuba lagi.

Ralat 443

Ralat 443 bermaksud nombor telefon bimbit Anda telah mencapai had perbelanjaan prabayar atau pascabayar. Cuba lagi bulan hadapan, atau gunakan saluran pembayaran lain.

Hubungi Sokongan Pelanggan

Jika ralat berterusan selepas Anda mengikuti langkah di atas, hubungi Sokongan Pelanggan dengan maklumat berikut:

  • Nombor telefon yang digunakan untuk pembelian
  • Alamat e-mel yang digunakan untuk pembelian
  • Produk atau item yang dibeli
  • Tangkapan skrin ralat
  • Bukti pembayaran (jika Anda telah dicaj)
  • ID transaksi (jika ada)
Adakah artikel ini membantu?
36 daripada 56 mendapati ini berguna