Penipuan keluarga berlaku apabila ibu bapa, anak, adik-beradik atau rakan yang mempunyai akses kepada maklumat peribadi Anda menggunakan butiran pembayaran Anda yang disimpan untuk membuat pembelian dalam talian tanpa pengetahuan Anda.
Pembelian yang dibuat melalui penipuan keluarga tidak boleh dibayar balik setelah transaksi selesai. Baca Terma dan syarat untuk butiran lanjut.
Untuk melindungi akaun dan butiran pembayaran Anda:
- Jangan sekali-kali kongsi kata laluan sekali guna (OTP), kata laluan peranti atau pautan tetapan semula kata laluan dengan sesiapa pun.
- Aktifkan perlindungan kata laluan untuk pembelian dalam aplikasi dan dalam talian.
- Elakkan memautkan akaun permainan anak Anda kepada kad kredit atau pembayaran mudah alih melalui pengebilan terus oleh syarikat telekomunikasi (direct carrier billing). Jika anak Anda menambah nilai mata wang dalam permainan, gunakan platform e-dagang yang dipercayai seperti Codashop.
- Pantau akaun Anda secara berkala untuk mengesan aktiviti yang mencurigakan.