Selepas pembelian baucar yang berjaya di Codashop, kod baucar akan dihantar ke alamat e-mel yang dimasukkan semasa transaksi tersebut.
Baris subjek e-mel tersebut ialah "Thank you for your order!" dan dihantar daripada no-reply@codapayments.com. Lihat contoh di bawah:
Nota: Semak folder spam atau junk jika e-mel tersebut tiada dalam peti masuk biasa.
Jika kod baucar masih belum diterima selepas menyemak semua folder e-mel, hubungi Sokongan Pelanggan dengan butiran berikut:
- Alamat e-mel
- Tarikh dan masa pesanan
- Produk baucar yang ditempah
- Jumlah transaksi
- Tangkapan skrin resit